DBKL TUTUP PREMIS SALAH GUNA LESEN

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 – DBKL telah bertindak menutup dua buah premis di Taman Connaught, Cheras dan di Jalan Klang Lama kerana menyalahgunakan lesen. Siasatan dan pemantauan terhadap sebuah premis di Taman Connaught, Cheras mendapati premis tersebut beroperasi dan menjalankan aktiviti RUMAH URUT tanpa kebenaran DBKL.

Sewaktu siasatan mendapati 1 penjaga (KAPTEN) warganegara Malaysia dan 3 pelanggan warganegara berbangsa Cina dalam premis tersebut. Premis tersebut mengambil 4 pekerja bukan warganegara (Vietnam). DBKL telah bertindak mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3 (1) UUK Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016. Beberapa alat elektrik/elektronik dan barangan turut disita. Premis telah diambil tindakan tutup serta merta (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Manakala di premis kedua di Jalan Klang Lama, hasil siasatan dan pemantauan mendapati premis tersebut beroperasi dan menjalankan aktiviti RUMAH URUT tanpa kebenaran DBKL. Siasatan juga mendapati 1 penjaga (KAPTEN) warganegara Malaysia di premis tersebut semasa tindakan di ambil. Siasatan mendapati ada unsur aktiviti tidak bermoral dijalankan di premis tersebut. Semasa serbuan didapati pekerja telah tiada di lokasi. DBKL bertindak mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3 (1) UUK Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016. Beberapa alat elektrik/elektronik dan barangan turut disita. Premis tersebut telah di ambil tindakan ditutup serta merta (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut