PULAU PINANG SEDIA PERTIMBANG LULUS TANAH TOL TANAM JAGUNG BIJIRIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Sekuriti Makanan)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia mempertimbang permohonan  tanah Lesen Kependudukan Sementara (TOL) untuk aktiviti penanaman jagung selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet semalam supaya kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung bagi jangka panjang. Keputusan itu berdasarkan pandangan Jemaah Menteri berkaitan penanaman jagung untuk menjadi alternatif kepada makanan ayam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyambut baik usaha itu dalam membantu meningatkan bekalan bijirin dalam negara, namun berpendapat penanaman jagung berskala besar tidak sesuai di negeri ini yang mempunyai keluasan tanah terhad. Setakat ini hanya penanaman padi dalam skala besar diusahakan di kawasan Seberang Perai Utara.

Menurut Ketua Menteri itu lagi, Pulau Pinang antara negeri yang mempunyai tahap kemampuan tinggi untuk berdikari dalam bidang penternakan serta sektor perikanan, termasuk aktiviti penternakan makanan laut dalam sangkar dan sebagainya.

Hasil laut dari negeri ini yang turut dieksport adalah antara yang terbesar menyumbang kepada sektor ekonomi negeri, malah hasil padi juga antara yang tertinggi disumbangkan kepada ekonomi negeri, maklum beliau.

Mengulas isu kekurangan bekalan ayam dan makanan lain di negeri ini, beliau berkata, mengikut laporan yang dikemukakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, bekalan ayam dan daging mencukupi di Pulau Pinang.

Setakat ini, katanya, kerajaan negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai kekurangan bekalan makanan yang meruncing di Pulau Pinang.

Sumber:

Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut