DBKL TERUS SEMAK PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 – Petugas Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur meneruskan pemeriksaan rutin kepada penjaja-penjaja di beberapa pasar di bawah kawalan DBKL, bagi memastikan pematuhan penjaja kepada peraturan yang ditetapkan.

Pasar-pasar yang terlibat adalah:

  • PASAR JINJANG UTARA, KEPONG
  • PASAR SENTUL, BATU
  • PASAR BATU 2½, JLN IPOH, BATU
  • PASAR UTC SENTUL, BATU
  • PASAR RAJA BOT, TITIWANGSA

Pemeriksaan yang dilaksanakan ialah bagi memastikan penjaja menjaga kebersihan, tidak menyalah guna lesen dan tidak mengambil pekerja asing. Namun, masih ada yang melanggar peraturan dan telah dikenakan tindakan kompaun.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …