JPJ PULAU PINANG SITA KENDERAAN KLON

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah kenderaan Honda Civic yang didapati mempamerkan nombor pendaftaran dan lesen kenderaan Motor (LKM) kenderaan lain pada 24 Mei 2022 (Selasa). Pemeriksaan dan semakan lanjut ke atas nombor casis kenderaan berkenaan didapati rekod kenderaan tidak wujud dalam system.

Kenderaan yang dipercayai dari negara jiran itu dibeli dengan harga RM 20,000.  Antara tindakan yang telah diambil adalah saman ke atas kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak didaftar, mempamerkan nombor kenderaan lain, mempamerkan LKM kenderaan lain dan tiada perlindungan insurans telah dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan tersebut dan kenderaan telah disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut