COVID 19 – UAV DRON BANTU TAHAP PEMATUHAN PKP

Pelbagai laporan berita menunjukan bahawa Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dron telah memainkan peranan dalam membantu pasukan keselamatan di negara-negara seperti China dan Sepanyol untuk pemantauan dan mengingatkan rakyat supaya kekal berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin.

Pembuat dron China, DJI, telah melakukan modifikasi ke atas model dron pertanian mereka supaya dapat melakukan semburan disinfeksi di kawasan yang berpotensi terjejas. Kamera termal yang dipasang pada dron digunakan untuk memantau suhu badan rakyat agar kakitangan perubatan dapat mengenal pasti kes-kes yang baharu. Syarikat DJI turut memasang dron mereka dengan pembesar suara untuk menyuraikan perhimpunan awam di tempat-tempat yang sesak dan menyampaikan mesej kesihatan. Selain DJI, syarikat MicroMultiCopter Aero Technology turut mengerahkan dron mereka untuk mengangkut sampel perubatan dan melakukan pengimejan termal.

 

Sumber gambar : freemalaysiatoday

Sumber gambar : TheStar

 

Kerajaan Malaysia melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengumumkan akan menggunakan khidmat dron bagi meningkatkan tahap kepatuhan rakyat kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa. Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah memberi penerangan mengenai penggunaan dron di IPD Brickfield, Kuala Lumpur. 12 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara telah dikenalpasti bagi tujuan pemantauan dron.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …