PROGRAM PRIHATIN KPDNHEP NEGERI PERAK

Pelajar UPSI menerima sumbangan makanan dalam Program Prihatin KPDNHEP Perak

IPOH 26 Mac 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak,  telah bekerjasama dengan beberapa pasaraya di Negeri Perak untuk mengumpul barangan makanan dan seterusnya diserahkan kepada beberapa universiti terpilih di negeri ini. Usaha ini dilakukan atas dasar keprihatinan kepada pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

Antara pasaraya yang terlibat dalam Program Foodbank ini adalah ECONSAVE. Sumbangan adalah berbentuk barangan keperluan asas seperti beras, biskut, maggi, kicap dan juga minuman. Antara Universiti yang telah menerima sumbangan adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar dan Universiti Teknologi Mara (UITM) Sri Iskandar.

Pelajar USAS menerima sumbangan makanan daripada pegawai KPDNHEP

Artikel/Berita Terkini

MEREMPIT UNDANG MAUT, JAUHI REMPIT!

Keseronokan yang hanya seketika tidak berbaloi dengan risiko kehilangan nyawa. Aktiviti merempit bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah mengancam keselamatan …

BAHAYA DUMMY BUCKLE!

Nyawa anda bukan untuk dipertaruhkan! Masih ramai yang menggunakan dummy buckle semata-mata untuk elakkan bunyi amaran tali pinggang keledar. Tapi …

JEREBU: KESEDARAN AWAL, PERLINDUNGAN DIRI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Jerebu merupakan fenomena yang berpunca daripada kehadiran partikel kecil yang terapung di udara. Keadaan jerebu yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan, …