PROJEK KAMPUNG WARISAN SIAP 100 PERATUS

 

TUMPAT – Projek Kampung Pelancongan Warisan di Kampung Laut oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang sudah siap sepenuhnya dan dijangka perasmiannya bulan mendatang akan menjadi lokasi terpenting di Kelantan sebagai pusat pelancongan warisan ikonik yang mesti dilawati oleh masyarakat dunia.
Masjid Kampung Laut akan menjadi salah satu daya tarikan untuk sektor pelancongan di Kampung Laut. Ibarat seperti sirih pulang ke gagang, pemindahan ke tempat asal masjid akan memberi kelebihan dalam memelihara nilai sejarah, budaya dan senibina sebagai mercu tanda destinasi pelancongan baharu di Kelantan.
Kedudukan Kampung Laut dari sudut geografi cukup strategik, terletak di pinggir Sungai Kelantan, berdekatan dengan bandar Kota Bharu adalah suatu kelebihan sebagai sokongan untuk maju lebih cepat.
Selain lengkap dengan pengangkutan darat, bas dan keretapi, kedudukan mengadap Laut China Selatan serta tidak jauh dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa adalah suatu kelebihan berbanding dengan daerah lain.
Dunia akan terus memberi perhatian apabila Masjid Kampung Laut diiktiraf sebagai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ia lebih menepati identiti Kampung Laut yang sekian lama terkenal dengan pengeluaran makanan tradisional iaitu serunding, selain makanan istimewa tempatan seperti dodol, gelembung buaya, kerepok dan kerepek.

Artikel/Berita Terkini

APA ITU i-KAD?

𝙞-𝗞𝗔𝗗 adalah dokumen penting yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara PL(KS). Kad ini diberikan …

PENGHANTARAN UBAT MELALUI POS SECARA PERCUMA BERMULA 1 OKT 2026

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Kastam …