RUMAH TERBUKA MESRA AIDILFITRI PARLIMEN PASIR PUTEH MERIAH

 

PASIR PUTEH – Sekitar 7,000 warga Pasir Puteh dari pelbagai kaum termasuk Siam dan Cina hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Parlimen Pasir Puteh di perkarangan Pejabat Khidmat Parlimen Pasir Puteh, semalam.
Pelbagai juadah raya disajikan termasuk gulai kawah, kambing golek dan satey. Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh Jen Endoro, PoYie Gasi, Jeram JP dan Tuan Kob Saring.
Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Datuk Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa memberi ucapan berkata beliau berbesar hati dengan kehadiran semua hadirin yang diluar jangkaan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ll menyatakan, jika sambutan menggalakkan sebegitu rupa yang diberikan, pihaknya berjanji akan sentiasa mengajurkan program-program serupa itu pada masa akan datang.
“Kita sudah merancang akan menganjurkan minggu kebudayaan selama seminggu pada Jun akan datang,” katanya.
Beliau juga mengingatkan, setiap manusia tidak dapat lari daripada kesilapan, maka masyarakat diseru saling bermaafan.

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut