DYMM SULTAN JOHOR BERANGKAT KE MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei 2022 – DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan berangkat ke majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor pada 19 Mei 2022 yang telah diadakan di perkarangan Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, Johor. Terdahulu, keberangkatan tiba Baginda Tuanku Sultan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Azmi Rohani. Hadir sama, Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi. Majlis yang berlangsung itu  turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta tetamu-tetamu jemputan.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

AHLI PERNIAGAAN 30-AN RUGI HAMPIR RM1 JUTA

Seorang ahli perniagaan dalam bidang perkakasan mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas dipercayai ditipu sindiket tawaran perniagaan dalam talian yang …
Maklumat Lanjut

6 PELATIH PUSPEN JELEBU LARIKAN DIRI, SEORANG DITANGKAP SEMULA PAGI TADI

Polis mengesahkan seorang daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu yang melarikan diri dari pusat berkenaan semalam, berjaya …
Maklumat Lanjut

LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video …
Maklumat Lanjut