MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH BAGI PROJEK RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR DI BANDAR DATO’ ONN, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 27 April 2022 – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah berangkat ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Bagi Projek Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Sebanyak 488 unit telah dibina di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru sebagai sebahagian daripada projek yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dalam merealisasikan hasrat Baginda agar Bangsa Johor dapat memiliki rumah sendiri. Ini menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah sebanyak 808 buah rumah berikutan siapnya projek serupa di Bandar Baru Majidee pada penghujung 2021. Rumah Impian Bangsa Johor ini akan menjadi pemangkin untuk kerajaan membantu membina lebih banyak rumah mampu milik Bangsa Johor.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …