PELANCARAN INISIATIF BANTUAN KASIH BANGSA JOHOR (BKBJ)

ISKANDAR PUTERI, 27 April 2022 – YAB Menteri Besar Johor telah melancarkan salah satu inisiatif Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ), iaitu Bantuan Beras Bangsa Johor. Menerusi inisiatif ini, sebanyak 10 kilogram beras akan diedarkan kepada setiap rumah di Negeri Johor secara berperingkat-peringkat bermula 27 April 2022 hingga 31 Mei 2022. Penyerahan Bantuan Beras Bangsa Johor Fasa 1 ini melibatkan sebanyak 172,500 kampit beras dan dilancarkan secara serentak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan di kawasan DUN masing-masing. Bantuan ini akan diselaraskan oleh Pejabat Daerah serta diagih-agihkan oleh ADUN dan Penyelaras DUN. Penyerahan baki bantuan beras ini akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Secara keseluruhan, sejumlah 903,136 ketua isi rumah akan menerima bantuan ini di seluruh Johor. Bantuan ini merupakan salah satu langkah proaktif, sekali gus membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri bagi meringankan sedikit bebanan hidup rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

 

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN: PEMAKANAN SIHAT UNTUK SELAMAT DARI KEKEJANGAN OTOT

Kekejangan otot ialah kontraksi otot yang kuat di luar kawal. Kontraksi otot ini berterusan dan ianya berlaku secara tiba-tiba. Keadaan …
Maklumat Lanjut