BUKIT AMAN SIASAT DAKWAAN PENJUALAN DATA PERIBADI RAKYAT MALAYSIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima satu laporan berkaitan dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera.

Pada Rabu, media melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia 18 hingga 82 tahun yang berada dalam JPN didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data. Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan dan PDRM memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan segera. PDRM turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi tersebut bukanlah milik JPN namun data yang dijual tersebut merupakan koleksi penjual daripada simber-sumber lain.

Sumber:

Sinar Harian & Bernama

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …