TANGKAPAN 29 ORANG PATI WARGA MYANMAR OLEH IPD TANAH MERAH, KELANTAN

Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan manusia di rumah apongan PATI beralamat Lot 4653, kampung Chawas, Tanah Merah.

Bertindak atas maklumat yang dikumpulkan oleh Pasukan JSJ, IPD Tanah Merah dan dibantu oleh cawangan lain telah membuat serbuan dan tangkapan di lokasi rumah apongan Kg. Chawas. Pasukan serbuan yang diketuai oleh satu pegawai kanan dan anggota telah memasuki kawasan rumah tersebut dan mendapati seramai 29 orang PATI warga Myanmar dengan pecahan 19 lelaki, 10 perempuan. Kesemua PATI tersebut telah ditangkap dan dibawa ke lokap Tanah Merah kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …