16 NELAYAN ASING VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA BERHAMPIRAN MUARA TOK BALI

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan berjaya menahan seramai 16 nelayan asing Vietnam termasuk seorang tekong yang menceroboh perairan negara secara haram.

Kumpulan nelayan asing yang berusia 19 hingga 55 tahun itu ditahan semasa menaiki sebuah bot pada kedudukan 45 batu nautika daripada muara Tok Bali, Pasir Puteh pada jam 9.30 malam 13 Mei 2022.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman memaklumkan, pihaknya mengesan sebuah bot nelayan yang dikemudi dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan pada jam 9 malam.

Menyedari kehadiran penguat kuasa, bot berkenaan memecut sebagai cubaan melarikan diri daripada ditahan dengan melakukan lencongan dan pergerakan berbahaya bagi menghalang tindakan itu.
Anggota Maritim Malaysia dari Pos Pengkalan Kubor bertindak mengejar dan berjaya menahan bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.

Pemeriksaan mendapati bot tersebut milik nelayan Vietnam yang menceroboh masuk ke negara ini secara haram dipercayai bagi menangkap ikan menggunakan pukat tunda. Selain bot peralatan menangkap ikan, peralatan navigasi dan komunikasi turut dirampas. APMM turut merampas hasil tangkapan pelbagai jenis ikan seberat 3,000 kilogram.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …