PENGGUNAAN YANG CEKAP MAMPU MENJIMATKAN BIL ELEKTRIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Infrastruktur Strategik Keselamatan)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan bahawa kos penjanaan elektrik termasuk kos bahan api membentuk lebih 65 peratus daripada tarif asas elektrik dan kenaikan harga bahan api fosil seperti arang batu telah menyebabakan kos penjanaan elektrik negara meningkat 4.5 kali ganda. Untuk makluman, hampir 93% elektrik di Semenanjung Malaysia dijana oleh arang batu dan gas asli.

Walau bagaimanapun, kerajaan mengambil pendekatan mengekalkan kadar tarif rendah untuk 300 kilowatt per jam (kWj) pertama bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mampu menikmati bekalan tenaga elektrik.

Bagi mendepani krisis sumber bahan api pada masa hadapan, pengguna juga bertanggungjawab membantu kerajaan dengan meningkatkan kecekapan guna tenaga dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kehilangan tenaga elektrik. Antaranya adalah dengan menggunakan peralatan elektrik yang mendapat penarafan lima bintang oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan penggunaan tenaga solar atau fotovoltan (PV).

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …