HFMD: IBU BAPA DIGESA BAWA ANAK SEGERA FASILITI KESIHATAN SEKIRANYA BERGEJALA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Ibu bapa digesa untuk segera membawa anak masing-masing ke fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mereka mempunyai gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, antara gejala awal HFMD adalah sama seperti COVID-19 iaitu demam dan hari berikutnya akan ada ruam. Sebarang gejala dialami perlu uji dahulu justeru anak perlu dibawa ke fasiliti kesihatan bagi mengenak pasti sama ada HFMD atau COVID-19.

Beliau mengakui bahawa kes HFMD mencatatkan peningkatan membimbangkan dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah diarahkan untuk menjalankan tindakan intervensi, selain hebahan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkenaan penyakit HFMD di kawasan mereka.

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) turut diseur untuk menjaga kebersihan di premis masing-masing bagi mencegah penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa berkata, jumlah kes penyakit HFMD di negara ini meningkat pada kadar membimbangkan iaitu sebanyak 15 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas dengan 31,661 kes dilaporkan.

Sumber:

Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …