SAMBUTAN HARI BOMBA 2022 DI KEPALA BATAS PADA HARI AHAD INI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pengurusan Komunikasi Keselamatan)

Sambutan Hari Bomba 2022 di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hujung minggu ini akan dimeriahkan dengan perarakan jentera bomba, perbarisan anggota daripada kontinjen-kontinjen negeri selain penyertaan daripada bomba lapangan terbang, bomba pelabuhan, bomba tentera dan petugas barisan hadapan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata objektif sambutan itu ialah untuk menghargai penat lelah, pengorbanan dan jasa bakti setiap anggota bomba yang menggadai nyawa untuk menjaga keselamatan rakyat.

Antara program yang akan dilaksanakan pada hari berkenaan ialah program berbentuk keagamaan, pameran keselamatan kebakaran dan keselamatan air serta penjualan alat pemadam kebakaran dan alat pengesan asap. Sambutan Hari Bomba sebenarnya diraikan pada 4 Mei setiap tahun, namun oleh kerana pada tahun ini tarikh berkenaan jatuh pada 3 Syawal, maka majlis sambutan itu ditangguhkan ke Ahad ini dan dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Sumber : BERNAMA dan Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA-INDONESIA METERAI PERJANJIAN PERKAPALAN

Pada 4 November dalam tahun 1986, Malaysia dan Indonesia memeterai  satu perjanjian perkapalan yang pertama dibuat antara anggota ASEAN. Malaysia …

PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN REPUBLIK KOREA

Pada 5 November dalam tahun 1962, satu perjanjian perdagangan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Republik Korea telah …

PENUBUHAN PERBADANAN PERKAPALAN ANTARABANGSA MALAYSIA BERHAD

Pada 6 November dalam tahun 1968,  Malaysia International Shipping Corporation Berhad (kini dikenali sebagai MISC) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan perkhidmatan perkapalan nasional …