KSN: PERKHIDMATAN AWAM DAN SWASTA NEGARA PERLU TERUS TEKAD BANTERAS RASUAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Pencegahan Rasuah dan Pengukuhan Integriti)

Penurunan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2021 adalah isyarat penting kepada perkhidmatan awam dan swasta di negara ini untuk meneruskan tekad membanteras gejala berkenaan.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata kedudukan Malaysia yang kurang memberangsangkan, iaitu tangga ke-62 berbanding 57 pada 2020, adalah realiti pahit yang perlu diterima dengan hati terbuka.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), berkata Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2020 yang julung kalinya diadakan di peringkat kebangsaan adalah lanjutan kepada AIGA 2020 peringkat negeri Pahang pada tahun lalu.

Bagi tujuan itu, katanya, rakan strategik IIM akan diperluas membabitkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) dan SIRIM Berhad.

Beliau berharap AIGA akan menjadi mekanisme penanda aras terbaik bagi organisasi awam atau swasta dalam membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah terutama dalam organisasi, selain boleh dijadikan teladan dan inspirasi kepada organisasi lain.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …