IPD BARAT DAYA: TANGKAPAN JENAYAH DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Tangkapan (2) lelaki warga tempatan berusia 20’an dan 40’an oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya telah dilaporkan menerusi Laman Facebook milik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada 12 Mei 2022.

Bertindak atas maklumat pengedaran dadah, sepasukan BSJND Barat Daya yang dibantu oleh unit kereta peronda (MPV) Barat Daya bertindak menahan sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta pasaraya ‘Giant’ di Bayan Baru. Hasil pemeriksaan yang dilakukan, Polis Barat telah menemui dadah disyaki heroin anggaran berat 112 gram yang bernilai RM4000. Kes disiasat di bawah Sek 39B ADB 1952.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya  boleh disalurkan menerusi talian:

04-8664122,

0192238169 ( whatsapp)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …