DEMONSTRASI TATACARA PENGGUNAAN SENJATAPI & HAK MEMPERTAHANKAN DIRI IPK KL

DEMONSTRASI TATACARA PENGGUNAAN SENJATAPI DAN HAK MEMPERTAHANKAN DIRI KEPADA PESERTA KURSUS INDUKSI KONSTABEL PERCUBAAN SIRI 1/2022 POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR.

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2022 – Cawangan Latihan & Sukan, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur telah mengadakan Demonstrasi Tatacara Penggunaan Senjatapi Dan Hak Mempertahankan Diri Kepada Peserta Kursus Induksi Konstabel Percubaan Siri 1/2022 Polis Kontinjen Kuala Lumpur bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Antara yang diterapkan di dalam demonstrasi ini adalah Keselamatan dan Penggunaan Senjatapi di lapangan, Taktikal ‘Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotorsikal (URB), Teknik Tangkapan, ‘Hot Pursuit’ dan Hak Mempertahankan Diri.

Demonstrasi ini adalah salah satu daripada modul Kursus Induksi Konstabel Percubaan Siri 1/2022 Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diadakan sejak 9 Mei 2022 sehingga 13 Mei 2022 dan dihadiri seramai 130 orang konstabel percubaan yang telah menamatkan Program Latihan Asas Konstabel di Pusat Latihan Polis Segamat, Johor dan Pusat Latihan Polis Dungun, Terengganu.

 

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …