SIDANG KEMUNCAK KHAS ASEAN-AS PERTINGKATKAN LAGI PERKONGSIAN ASEAN-AS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Dasar Luar Malaysia)

BERNAMA pada 9 Mei 2022 melaporkan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan di Washington D.C. dari 12 hingga 13 Mei, dijangka mengeluarkan Kenyataan Visi Bersama yang menggariskan komitmen dan aspirasi untuk meningkatkan kerjasama ASEAN-Amerika Syarikat. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan mempertingkatkan perkongsian ASEAN-AS adalah demi kepentingan keamanan, kestabilan, keselamatan dan kemakmuran yang berkekalan untuk semua. Sidang kemuncak khas itu juga menjadi landasan strategik bagi ASEAN dan AS mengkaji serta meneroka bidang kerjasama pragmatik bagi memperkukuh kerjasama sedia ada. Antara agenda perbincangan dalam sidang kemuncak khas itu merangkumi isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, kerjasama ekonomi, COVID-19 dan keselamatan kesihatan, perubahan iklim serta tenaga bersih.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut