?????????? ??????? ‘???? ??? ???????’ ?????? ????? ????????

Pemahaman berhubung konsep keselamatan perlu dilihat dari sudut yang lebih meluas. Rakyat perlu dibudayakan agar menjadikan keselamatan sama ada kepada individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan yang lebih besar kepada negara sebagai satu elemen utama yang perlu diberikan perhatian serius.

 

Rentetan itu, konsep keselamatan menyeluruh yang diperkenalkan oleh Majlis Keselamatan Negara melalui Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 adalah amat sesuai dan tepat pada masanya. Konsep tersebut amat signifikan terutama dalam memastikan pengurusan keselamatan negara dari akar umbi dapat dilaksanakan secara lebih bersepadu.

 

Dalam usaha menjaga kedaulatan negara, pasukan keselamatan juga perlu menjadikan penduduk tempatan sebagai penyalur maklumat terhadap sebarang aktiviti mencurigakan. Dalam kata lain, masyarakat tempatan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa.

 

Untuk itu, penubuhan pelbagai persatuan penduduk seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan yang terbaharu Sahabat Komuniti Desa (SKoD) iaitu program di bawah penyelarasan Jabatan Kemajuan Masyarakat merupakan satu medium terbaik bagi menjadikan masyarakat sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa.

 

 

Tidak dinafikan bahawa penglibatan pemimpin akar umbi dan penduduk kampung menjadi sukarelawan melalui pelbagai pertubuhan tersebut dan seterusnya bertindak memantau kawasan amat diperlukan bagi membantu pasukan keselamatan. Apabila komuniti itu sendiri mengawasi kawasan persekitaran dan membuat rondaan secara proaktif, kadar kes jenayah dan masalah sosial akan dapat dikurangkan (Zainudin dan Malek, 2010).

 

Melalui Pernyataan Strategi 38: Pemerkasaan Komuniti dan Semangat Kesukarelawanan (Dasar Keselamatan Negara 2021-2025), usaha menggalakkan komuniti memainkan peranan menjaga keselamatan setempat wajar menjadi salah satu usaha bersepadu ke arah mewujudkan Community Based Security Management (CBSM).

 

Sehubungan itu, interaksi antara komuniti setempat dan agensi penguatkuasa adalah amat mustahak bagi memudahkan penyaluran maklumat. Pelbagai program boleh dilaksanakan secara konsisten oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebagainya.

 

Sebagai contoh, program mendekati masyarakat antara mekanisme terbaik bagi membina hubungan dua hala antara pihak berkuasa dan masyarakat setempat. Konsep ‘sembang kedai kopi’ secara tidak formal memberikan keselesaan kepada penduduk untuk berkongsi maklumat terutamanya berkaitan jenayah dan mengenalpasti sesuatu isu yang mempunyai kecenderungan berlaku aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

 

Jelaslah bahawa kerjasama antara kedua-dua belah pihak adalah penting dalam menjamin kesejahteraan komuniti dan seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu yang membabitkan keselamatan seperti jenayah dan masalah sosial. Oleh itu, hal ini secara tidak langsung memberikan impak positif terhadap pelaksanaan keselamatan menyeluruh apabila peranan komuniti dipergiatkan dan sekaligus memupuk konsep Community Based Security management (CBSM) dalam kalangan masyarakat.

 

RUJUKAN

 

Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Pautan:

https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/DASAR-KESELAMATAN-NEGARA-2021-2025.pdf)

 

Zainudin, A. Z., & Malek, J. A. (2010). Keberkesanan program bandar selamat dari persepsi penduduk kajian kes: Bandaraya Shah Alam. Sains Humanika, 53(1). Retrieved 28 Mac 2022 from https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/247

Artikel/Berita Terkini

PEMANTAUAN NAZIRAN PEMBORONG MINYAK MASAK

BACHOK : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa, KPDN Kelantan telah mengadakan pemantauan dan naziran terhadap Kilang Pembungkusan dan Pemborong Minyak Masak …
Maklumat Lanjut

PENIAGA DIAMBIL TINDAKAN BERNIAGA TANPA LESEN BARANG KAWALAN

KOTA BHARU : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan siasatan aduan awam pada jam 1.00 petang tadi mengenai peniaga …
Maklumat Lanjut

900 LITER MINYAK PETROL DISITA DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

TUMPAT : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan …
Maklumat Lanjut