RUMAH TERBUKA ERATKAN HUBUNGAN PERANTAU, PEMIMPIN

 

PASIR PUTEH – Setelah dua tahun majlis rumah terbuka tidak dapat dianjurkan akibat pandemik COVID-19, ramai anak-anak perantau sangat teruja untuk hadir majlis rumah terbuka pemimpin tempatan.
Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Anak Perantau anjuran Pusat Khidmat Dun (PKD) di perkarangan Pejabat Khidmat Dun semalam sangat meriah dengan kehadiran lebih 1,200 warga perantau.
Datuk Nik Zawawi yang juga Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ll bersama isteri turut menghulurkan sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.
Majlis rumah terbuka Dun Semerak juga turut dimeriahkan lagi dengan jemputan khusus kepada warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengikuti latihan di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cherang RUKU. Di majlis yang sama juga turut diberi peluang kepada pimpinan-pimpinan dan wakil perantau memberi ucapan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …