MALAM SANTAI PUISI RAYA MERIAH

 

KOTA BHARU – Dataran Bandaraya Kota Bharu semalam meriah dengan kehadiran tokoh-tokoh pemuisi Kelantan sempena malam Santai Puisi Raya anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC).
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Kaum, Kebudayaan, Warisan dan Perlancongan Negeri YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman turut mendeklamasikan puisi, selain tokoh-tokoh pemuisi Kelantan seperti Siti Nur Zafran Zainal Abidin, Abdul Hadi Yusoff, Aminuddin Mamat, Salleh Yaacob dan M. Arif Padang Mokan juga mengambil bahagian.
Sebagai simbolik malam puisi raya, seramai enam orang belia dari ahli Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera) dijemput bagi mengendalikan empat beca elektrik. Majlis diserikan dengan persembahan dikir barat daripada Rozi Kemang Berduri dan Pok Nik Har Senandung Malam serta nyanyian kumpulan Buskers Kota Bharu.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …