PARAS BEKALAN DARAH NEGERI KELANTAN SETAKAT 3 MEI 2022

 

Dalam kita sibuk beraya, ada insan kurang bernasib baik yang terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya, sakit kronik dan sebagainya. Pesakit yang memerlukan darah juga semakin bertambah di musim perayaan ini.
Jika keadaan ini berterusan, stok darah akan terus menurun.
Bagi yang berada di Kelantan, jom luangkan masa cuti anda dengan menderma darah, terutamanya penderma kumpulan A dan O.
Pesakit-pesakit menanti bantuan anda.
Jom hijaukan semua kumpulan darah.
Jadual program derma darah minggu ini:
Rabu 4.5.22: Aeon Mall (hadapan H&M) 10am-6pm
Khamis 5.5.22
1. Aeon Mall 10am-6pm
2. Pusat Derma Darah di HRPZII, HSIP, Hosp Tanah Merah, Hosp Pasir Mas, Hosp Tg Anis dan Hosp Machang jam 8am-3pm
Jumaat 6.5.22: Aeon Mall 10am-6pm
Sabtu 7.5.22:
1. Aeon Mall 10am-6pm
2. KB Mall 10am-4pm

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …