KES DISAMUN OLEH RAKAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Barat Daya telah membuat tangkapan seorang lelaki berusia 41 tahun oleh  kerana disyaki terlibat dengan kes samun di Permatang Damar Laut, Batu Maung Pulau Pinang.
Pada 28 April yang lalu, pihak Polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 25 tahun yang mendakwa telah dipukul oleh kawannya dengan tukul. Saspek turut membawa lari sebuah motosikal dan beg galasnya yang mengandungi telefon bimbit serta wang tunai.
Bertindak atas maklumat, Polis Barat Daya berjaya mengesan dan menangkap saspek di Gelugor, Pulau Pinang pada 5 Mei 2022. Dalam tangkapan tersebut, pihak polis juga turut merampas sebuah motosikal, sebuah telefon bimbit dan tukul dipercayai senjata yang digunakan semasa menyerang mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …