ASRAMA PEKERJA KILANG DI SUNGAI LOKAN, BUTTERWORTH DISERBU JTKSM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah melakukan pemeriksaan mengejut ke atas sebuah kilang membuat cerucuk besi di Sungai Lokan, Butterworth pada 27 April 2022. Hasil pemeriksaan mendapati pihak kilang telah melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) kerana asrama pekerja yang dihuni pekerja warga asing itu sesak dan kotor.

Operasi pemeriksaan yang dilaksanakan itu turut mendapat kerjasama daripada PERKESO Pulau Pinang, PDRM Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …