IPPT USM KEPALA BATAS MENEMPA SEJARAH BERJAYA MEMBANGUNKAN PERPUSTAKAAN METAVERSE SPACE

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Strategi Pembangunan Revolusi Industri Ke-4)

KEPALA BATAS, 29 April 2022 – Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menempa sejarah tersendiri apabila menjadi universiti pertama di Malaysia yang mempunyai Perpustakaan Metaverse Space iaitu konsep realiti maya (VR) atau platform dalam dunia maya tiga dimensi (3D).

Menurut Naib Canselor USM Prof. Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan yang peranti khusus seperti set VR diperlukan bagi membolehkan individu akses masuk ke dunia metaverse menerusi Sistem Pengurusan Data 3D yang dikenali sebagai VR Discovery. Konsep perpustakaan ini dilihat mampu memberikan impak positif dalam dunia pembelajaran dan pengajaran kerana menawarkan persekitaran digital yang interaktif. Majlis perasmian perpustakaan tersebut telah disempurnakan pada 28 April 2022 di IPPT USM, Kepala Batas.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …