PERBINCANGAN PENUBUHAN CDERT-G HOSPITAL KEPALA BATAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Satu perbincangan penubuhan CDERT-G Hospital Kepala Batas telah diadakan di antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Lt. (PA) Noor Mohd Saidi bin Noor Lajis, Pegawai Pertahanan Awam Unit (PPAU) Kepala Batas diiringi oleh Lt. (PA) Mohd Ridhwan bin Mohd Razeman, Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Lt. (PA) Mazniza binti Mat Esa, Pegawai Angkatan, Latihan, Bencana dan Operasi bersama-sama dengan Hospital Kepala Batas diwakili oleh Dr. Hor Chee Peng, Timbalan Pengarah Hospital Kepala Batas.

Pasukan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) adalah platform terbaik bagi komuniti untuk membangunkan sebuah pasukan yang lebih proaktif dalam menghadapi sebarang kecemasan ataupun bencana.

Seusai perbincangan, PPAU Kepala Batas bersama-sama dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan Negeri berkelapangan meluangkan masa bagi meninjau di sekitar penugasan ‘On Job Training’ yang melibatkan Pegawai dan Anggota Pasukan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Seberang Perai Utara dan Unit Kepala Batas di Hospital Kepala Batas Pulau Pinang.

 

Sumber:

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kepala Batas Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut