PENGUATKUASAAN LEBIH MUATAN DAN PELBAGAI KESALAHAN KENDERAAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB) OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seberang Jaya, 28 April 2022 – Unit Penguatkuasan Lebih Muatan (UPLM) JPJ Negeri Pulau Pinang telah menguatkuasakan pelbagai kesalahan terhadap KPB yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan ini adalah untuk memastikan KPB selamat digunakan dijalan raya serta pemandu dan pengusaha KPB yang beroperasi di negeri ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa disamping memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya yang lain terutama semasa menjelang musim perayaan Aidifitri 2022. Kawasan penguatkuasaan adalah laluan utama kuari dan juga di lebuh raya PLUS.

Penguatkuasan yang telah dilaksanakan pada minggu ini mendapati pelbagai kesalahan dikesan. Antaranya ialah :

  • membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 serta kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959
  • pelbagai kesalahan teknikal seperti ubahsuai kenderaan tanpa kebenaran, tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, cermin gelap tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, pasang ‘strobe light’, tiada lesen memandu
  • Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lnsuran tamat tempoh, disk puspakom tamat tempoh
  • kesalahan lalu lintas seperti penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan gagal patuh lampu isyarat merah.

Penguatkuasaan secara berfokus dan berterusan terhadap KPB akan terus dilaksanakan secara telus bagi memastikan pemandu dan pengusaha KPB mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah berkuatkuasa serta memastikan kenderaan yang digunakan selamat dijalan raya untuk mengurangkan kadar kemalangan membabitkan KPB di Negeri ini.

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut