KESELAMATAN RUMAH BILA PULANG BERAYA

Masyarakat khususnya umat Islam akan memanfaatkan cuti panjang sempena Aidilfitri untuk pulang beraya ke kampung halaman. Melihat kepada situasi jumlah pengguna lebuhraya yang meningkat mulai malam tadi juga menunjukan terdapat sesetengah masyarakat yang telah bergerak pulang ke kampung halaman.

Sesunngguhnya di dalam kegairahan pulang serta beraya di kampung, aspek keselamatan harta benda dan kediaman perlu dititikberatkan bagi mengelak risiko kecurian dan kebakaran.

Masyarakat diingatkan mengambil langkah berwaspada sepanjang tempoh tersebut dengan tidak meninggalkan wang tunai dan barangan kemas di kediaman masing-masing bagi mengelakkan kerugian lebih besar perlu ditanggung sekiranya rumah dipecah masuk penjenayah atau berlakunya kebakaran.

Justeru, pemilik kediaman perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan risiko kecurian dan kebakaran.

Kejiranan yang tidak pulang ke kampung perlu peka kepada keadaan serta aktiviti sekeliling. Adalah amat diharapkan golongan ini dapat membantu untuk mengelakkan perkara-perkara seperti kecurian atau kebakaran berlaku dengan lebih buruk. Kerjasama dikalangan kejiranan ini perlulah dipupuk di segenap masyarakat tidak mengira latarbelakang bangsa dan agama.

GAMBAR IHSAN: PDRM & GOOGLE

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …