SEMINAR PEMERKASAAN KETUA JABATAN MENGENAI PENCEGAHAN DADAH DI TEMPAT KERJA

 

Tarikh: 27.04.2022 || 8.30pagi
Tempat: Dewan Kesuma Taman Wangsa Mewangi, Gua Musang
Penglibatan Peserta: Ketua dan Wakil dari pelbagai Jabatan dan Agensi
Program Seminar ini melibatkan 3 slot penceramah iaitu Seminar “Peranan Majikan Dalam Pencegahan Dadah di Tempat Kerja” oleh Puan Adzmiral Binti Nawi, Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Kelantan, Seminar “Ke Arah Merealisasikan Tempat Kerja Yang Selamat” Oleh Dr. Muhamad Luqman Bin Husin, Pegawai Perubatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kelantan, dan Seminar “Memperkasakan Kepimpinan Keluarga’ oleh Puan Ilvira Binti Mohd Dasuki, Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan. Program tersebut dirasmikan oleh Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan Masyarakat) Gua Musang, Ahmad Qalbuddeen Bin Syarifuddin.
Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja bebas daripada dadah disamping memperkasakan peranan ketua jabatan dalam pencegahan dadah di kalangan kakitangan di tempat kerja masing-masing.

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …