“WALKABOUT” ADVOKASI CEGAH JENAYAH IPD KUANTAN DI EKSPO MEGA RAYA BUKIT SEKILAU

KUANTAN, 28 April 2022 – Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu bertemu orang ramai ketika membuat sesi walkabout Advokasi Cegah Jenayah di Ekspo Mega Raya, Bukit Sekilau malam semalam.

Program tersebut dilakukan bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi membendung berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian dan sebagainya terutama semasa cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

Wan Mohd Zahari bersama pegawai dan anggotanya turut mengedarkan borang maklumat balik kampung untuk diisi oleh orang ramai sebelum menyerahkan semula ke balai polis terdekat sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sumber: Laman FB Bernama

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut