ZIARAH KP MKN KE MADRASAH TAHFIZ ANWARUL TANZIL

KUANTAN, 22 APRIL 2022 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang telah menganjurkan ziarah Musa’adah Ramadhan – Tautan Mahabbah bersama Madrasah Tahfiz Anwarul Tanzil pada 26 April 2022.

YBhg. Dato Rodzi bin Md, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan isteri, YBhg. Datin Salina binti Ismail telah berbesar hati untuk turut sama menjayakan sesi ziarah bersama para hafiz dan hafizah ini.

Dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Rodzi bin Md Saad dan isteri sempat melawat sekitar kawasan madrasah selain beramah mesra dengan para pelajar serta guru. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan daripada YBhg. Dato’ Rodzi bin Md Saad kepada madrasah dan hadiah duit raya kepada semua pelajar dan tenaga pengajar.

Terima kasih tidak terhingga atas kehadiran dan sokongan YBhg. Dato’ Rodzi bin Md Saad, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan isteri, YBhg. Datin Salina binti Ismail. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada YBrs. Ustaz Syed Shahrinnizam bin Syed Mohd Sah, Mudir Madrasah Tahfiz Anwarul Tanzil Al-Othmaniah serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut