LEMBAGA PENGARAH UITM LAFAZ IKRAR, BERI KOMITMEN BANTERAS RASUAH

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat dan Pengurusan Tertinggi universiti berkenaan telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam satu kenyataan yang dibuat pada 27 April 2022, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata ikrar yang telah dilafazkan semalam itu, merupakan inisiatif universiti tersebut dalam menyokong penuh usaha pembanterasan rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sesi lafaz ikrar itu diketuai oleh Dr. Ibrahim Shah bersama 26 warga Lembaga Pengarah UiTM, Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat UiTM dan Pengurusan Tertinggi UiTM dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …