MAQIS PULAU PINANG RAMPAS PRODUK BABI BERNILAI RM453,600

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Makanan)

BERNAMA pada 27 April 2022 melaporkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang telah merampas 9,180 kilogram produk babi bernilai RM453,600 kerana diimport tanpa permit di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini dua hari lepas. Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata pemeriksaan pihaknya mendapati sebuah kontena yang membawa 1,125 kotak produk babi dari China itu diimport ke Malaysia tanpa permit import MAQIS. Semua produk babi yang telah ditinkan itu dianggarkan bernilai RM453,600 dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …