MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEDUTAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA DI MALAYSIA KEPADA JAWI FOOD BANK

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2022 – Majlis Penyampaian sumbangan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia kepada JAWI Food Bank telah berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan. Mock Cheque berjumlah RM 100,000 telah disampaikan oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia kepada Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dengan disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sumbangan tersebut bertujuan membantu masyarakat yang memerlukan melalui program JAWI Food Bank. Sumbangan ini akan memberikan manfaat kepada penerima dari pelbagai golongan masyarakat di Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa dan agama. Jumlah sumbangan hingga kini adalah sebanyak RM 500,000.00. Semoga jalinan kerjasama baik ini akan terus dikekalkan untuk masa akan datang.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIFoodBank

Artikel/Berita Terkini

DATUK MOHD KHAIRI KINI KETUA POLIS TERENGGANU YANG KE-32

Bekas Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat …
Maklumat Lanjut

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN

NILAI INTEGRITI PENJAWAT AWAM PERLU SETIMPAL DENGAN PENGIKTIRAFAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu nilai integriti …
Maklumat Lanjut