LARANGAN PENGGUNAAN KENDERAAN MIKROMOBILITI

PUTRAJAYA, 26 April 2022 – YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengadakan satu sidang media berkenaan dengan “Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu Di Atas Jalan” bertempat di Aras 10, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).
Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan sahaja kepada pengguna kenderaan tersebut, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu adalah dilarang di atas jalan menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah”), yang telah berkuatkuasa mulai 17 Disember 2021. Jenis-jenis kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang penggunaannya di atas jalan adalah daripada perihalan berikut iaitu:
(i) Moped;
(ii) Personal Mobiliti Devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia; dan
(iii) Personal Mobiliti Aids (PMA).
Demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sebagai pengguna jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mula menguatkuasakan perintah larangan ini. Mana-mana orang yang didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang telah dilarang di atas jalan adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
Turut hadir dalam sidang media ini ialah YBrs. Profesor Dr. Wong Shaw Voon, Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan YBhg. Dato’ Khairil Anwar bin Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …