PROGRAM JALINAN KASIH RAMADAN ANJURAN JAWATANKUASA PEMULIHAN DADAH

KEMAMAN, 25 APRIL 2022(Isnin) – Telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Jalinan Kasih Ramadan bertempat di Masjid Jamek Chukai, Kemaman. Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Kemaman dengan kerjasama beberapa agensi iaitu Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Kemaman, Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kemaman, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) daerah Kemaman.

Hampir 150 penyertaan terlibat, di mana 43 daripadanya adalah Orang Kene Pengawasan (OKP), 50 orang Jawatankuasa JKPD, Rakan Strategik dan Jawatankuasa Masjid, dan 50 orang lagi melibatkan komuniti setempat telah hadir ke program tersebut yang telah dimulakan pada jam 5.30 petang dengan sesi taklimat keselamatan bertajuk “Pembudayaan Norma Baharu Pasca Peralihan Ke Endemik” yang disampaikan oleh Encik Yazid, Penolong Pengarah di MKN Terengganu. Seterusnya adalah sesi kuliah agama disampaikan oleh Imam Masjid Jamek Chukai, Kemaman.

Kemudiannya, Pengerusi JKPD daerah Kemaman iaitu Encik Napatah bin Ariffin telah menyampaikan ucapan penghargaan dan seterusnya merasmikan Program Jalinan Kasih Ramadan. Bantuan bakul makanan serta sedikit sumbangan berbentuk wang tunai telah diagihkan oleh wakil daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman kepada OKP yang terlibat.

Program dimeriahkan dengan sesi jamuan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Para peserta bersurai selepas jam 8.30 malam.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …