BAITUL HILAL TERIMA ‘ALL-SKY CAMERA’, ‘WEATHER STATION’

PORT DICKSON, 25 Apr – Kompleks Baitul Hilal, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atau lebih sinonim dengan nama Balai Cerap Teluk Kemang (BCTK) telah menerima sumbangan dana wakaf bagi peralatan mencerap ‘All-Sky Camera dan ‘Weather Station’ dengan jumlah sebanyak RM13,350.

Baitul Hilal sudah dikenali sebagai pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan astronomi seperti melihat anak bulan serta kajian bintang dan planet.

‘All-Sky Camera’ ini adalah peralatan yang mampu membuat pemantauan langit pada waktu malam atau siang dengan sambungan terus ke komputer. Peralatan ini juga mampu merekod liputan awan, fenomena-fenomena astronomi seperti juraian meteor dan pergerakan objek langit seperti satelit.

‘All-Sky Camera’ juga mempunyai sensitiviti tinggi yang membolehkan ia merakam kualiti imej yang sangat baik pada langit malam dan menghasilkan imej bintang-bintang dan Bima Sakti sekali gus dapat menghasilkan astrofoto dari sudut yang berbeza yang tidak dapat dihasilkan oleh kamera digital lensa tunggal refleks (DSLR).

Sementara itu, ‘Weather Station’ pula adalah peranti yang boleh menyediakan data cuaca dan memberi isyarat sekiranya berlaku sebarang hujan atau ribut sekali gus dapat membantu aktiviti cerapan di Baitul Hilal tidak kira sesi siang atau malam.

Serahan manfaat wakaf tersebut telah disempurnakan Pegawai Jabatan Wakaf MAINS, Nur Izzati Adnan dan Penolong Pengarah, Unit Kompleks Baitul Hilal, Siti Sarah Nordin.

Sumber : FB MAINS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …