TINJAUAN PASCA KEJADIAN RUSUHAN DI DEPOT IMIGRESEN SEMENTARA, SUNGAI BAKAP

Kejadian rusuhan yang melibatkan 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara, Sungai Bakap telah menyebabkan kerosakan kepada fasiliti Depot berkenaan.
Sehingga semalam, seramai 456 tahanan yang meloloskan diri berjaya ditahan semula dan dipindahkan ke lima (5) depot berasingan hasil dari usaha mencari yang dilaksanakan pihak berkuasa.
Apa yang lebih membanggakan adalah, peranan komuniti setempat yang turut mengambil bahagian memainkan peranan membantu pihak berkuasa secara sukarela. Bagi memastikan sambutan Aidilfitri disambut dalam keadaan yang aman dan selamat, inisiatif yang diambil oleh masyarakat setempat ini harus dipuji dan menjadi contoh dalam mengangkat agenda keselamatan sebagai tanggungjawab bersama.
Pengarah MKN Kedah, Mohd Zawawi Zakaria bersama dengan pegawai hari ini berkesempatan turun membuat tinjauan di lokasi kejadian dan menerima taklimat ringkas daripada Ketua Timbalan Penolong Penolong Imigresen, Ahmad Fitri Ahmad Rabudzi.

   

Artikel/Berita Terkini

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …

TEMPAT KERJA PERLU JADI BENTENG AWAL BANTERAS DADAH – RINA

RASMI: Rina (Tengah) Ketika Hadir Merasmikan Seminar Pemerkasaan Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Negeri Sabah. KOTA KINABALU: Tempat kerja perlu …

PETROL, LPG DAN MINYAK MASAK RM104,138 DIRAMPAS DI TAWAU

RAMPAS: Suspek Bersama Barangan Kawalan Bersubsidi Yang Dirampas Diserahkan Kepada KPDN Untuk Tindakan Dan Siasatan Lanjut. TAWAU: Sebanyak 220 liter …