MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, IFTAR DAN KHATAM AL-QURAN JAWI

Majlis Perhimpunan Bulanan, Iftar, dan Khatam Al-Quran JAWI telah diadakan di Dataran Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri sekitar 300 orang warga kerja JAWI disempurnakan oleh Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Datin Naini Akmal Che Alias, Pengerusi PUSPANITA JAWI.

Dalam majlis yang sama turut dilancarkan Pamflet ‘Bicara Darah Wanita’ terbitan PUSPANITA JAWI bertujuan memberikan kefahaman kepada masyarakat terutama golongan wanita berkaitan hukum bersuci dengan cara yang paling ringkas, santai dan menarik.

Usaha tersebut merupakan kesinambungan Projek Sumbangan Hygiene Kit Wanita yang telah dilancarkan sebelum ini. Pamflet berkenaan akan diedarkan bersama kit sumbangan kepada pesakit-pesakit wanita di wad-wad semasa sesi ziarah ke hospital. Penerbitannya dijayakan dengan kolaborasi strategik bersama PUSPANITA JAWI, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Yayasan Taqwa.

YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada golongan asnaf dan ibu tunggal dalam majlis tersebut.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …