DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH TERLIBAT DENGAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDNHEP PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan pada 24 April 2022 yang lalu. Antara Kawasan dan perincian pemeriksaan adalah seperti berikut :

1. Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Ke Endemik, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat dijalankan di Pasar Awam Permatang Tinggi dan kawasan Sekitar oleh dua (2) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 17 buah premis.

2. Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Peralihan Ke Endemik, Pemeriksaan Tanda Harga dan Timbang Sukat dijalankan di Pasar Awam Juru dan kawasan Sekitar oleh dua (2) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang melibatkan 18 buah premis.

Laporkan salah laku dan aduan di talian :
e-aduan.kpdnhep.gov.my
Tel : 04-3840245 / 246 / 247 (KPDNHEP Pulau Pinang)
Whatsapp : 019-2794317 (Aduan Pengguna)

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PELANCONG DIMINTA CARI PELABUR MAJUKAN KAWASAN PELANCONGAN

TAWAU (2 Mei): Pengusaha pusat pelancongan perlu mencari pelabur sama ada dari dalam atau luar negara supaya boleh memajukan kawasan …
Maklumat Lanjut

ENAM LELAKI DITAHAN, DADAH BERNILAI LEBIH RM120,000 DIRAMPAS DI TAWAU

TAWAU (2 Mei): Polis menahan enam lelaki dengan merampas kira-kira dua kilogram dadah jenis syabu dalam kejadian di Kampung Indera …
Maklumat Lanjut