KPDNHEP SPU PERKASAKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN DI BUTTERWORTH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Perai Utara telah mengadakan Pemeriksaan Pematuhan SOP Fasa Peralihan Endemik, Ops Pantau 2022, Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak, Bekalan Ayam dan Telur Ayam serta Pemeriksaan RTK Test Kit Covid-19 pada 24 April 2022 di premis sekitar Butterworth, Seberang Perai Utara.

Pemeriksaan tersebut dilakukan oleh empat (4) Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Seberang Perai Utara melibatkan empat (4) buah premis. Satu (1) tindakan kes telah diambil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Sumber : Laman FB KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …