KEMPEN KESEDARAN BAWA BEG KITAR SEMULA, BEKAS MAKANAN SENDIRI DAN TIDAK KEPADA PENYEDUT MINUMAN (STRAW) DI BAZAR RAMADAN JALAN MAHKAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) sangat komited dalam membantu Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyampaikan pendidikan awam kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Program Kempen Kesedaran Membawa Bekas Makanan Sendiri yang dijalankan pada 23 April 2022 (Rabu) itu telah diadakan di Bazar Ramadan Jalan Mahkamah, Bayan Lepas. Program ini turut dibantu para pelajar dan juga pegawai Jabatan Pelesenan MBPP dalam memberi penerangan ringkas dan tepat serta mendapatkan tandatangan pengunjung Bazar Ramadan sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

 

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua orang awam agar sentiasa membawa beg kitar semula setiap masa ketika membeli barangan keperluan harian, makanan dan sebagainya. Tanggungjawab ini harus dipikul bersama supaya menjadi budaya yang boleh dicontohi oleh generasi akan datang.

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …