MUNAJAT PERDANA & IFTAR JAMAI’E BERSAMA PENGERUSI MASJID DAN GURU TAKMIR PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022

   

JHEAINS telah mengadakan Munajat Perdana & Iftar Jamai’e bersama Pengerusi Masjid dan Guru Takmir Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2022 yang bertempat di Masjid Negeri, Seremban.
Objektif program adalah untuk menjalinkan silaturahim antara jawatankuasa masjid dan guru takmir seluruh Negeri Sembilan bersama pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Turut Hadir dalam program ini ialah YB Sohibus Samahah Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBhg Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah JHEAINS dan YBrs Ust Shamsul Ammar bin Syuib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAINS.

Program dimulakan dengan majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Dr Muhammad Yusry bin Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri dan diteruskan dengan zikir munajat oleh Ust Syaiful Nizam bin Md Jan, Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Tarekat dan Tasawuf) Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Taaruf Halaqah Tarekat Negeri Sembilan yang dihadiri oleh panel pembentang tarekat iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Syeikh Mohd Murtadza, Tuan Guru Dr Syuhadak bin Mahmud, Tuan Guru Dr Mohd Firdaus Bin Abd Manaf, Tuan Guru Ust Hj Md Nasir bin Othman dan Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian kitab rujukan takmir kepada wakil guru takmir serta penyampaian cenderahati daripada pihak penganjur kepada tetamu kehormat.

Sumber: FB JHEAINS “Official”

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut