MALAYSIA KEKAL DI LANDASAN PEMULIHAN DENGAN INDEKS PELOPOR CECAH 110.8 MATA PADA FEBRUARI 2022

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Akauntabiliti, Kompetensi dan Kapasiti Jentera Kerajaan)

BERNAMA pada 25 April 2022 telah melaporkan bahawa Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan trend lebih baik dengan mencapai 110.8 mata pada Februari 2022, berbanding 110.2 mata pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). DOSM menjelaskan, IP bulan ke bulan itu meningkat 0.5 peratus pada bulan rujukan berbanding penurunan 1.1 peratus pada Januari 2022 sekali gus menunjukkan ekonomi Malaysia terus berada di landasan pemulihan walaupun momentum pertumbuhan akan perlahan dalam tempoh terdekat. IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan. IP bulan ke bulan yang meningkat itu disokong terutama oleh sumbangan ketara daripada import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain (0.6 peratus), import benar semikonduktor (0.4 peratus) serta Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (0.2 peratus).

Sementara itu, berkaitan dengan perspektif ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mengekalkan pertumbuhan dengan berkembang 6.4 peratus kepada 120.4 mata pada Februari 2022 berbanding 113.2 mata pada bulan yang sama 2021. Berdasarkan prestasi bulanan, IS meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 2.6 peratus pada Februari 2022 berbanding 2.5 peratus pada bulan sebelumnya. Pertumbuhan ini dirangsangkan terutama oleh peningkatan dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.9 peratus) dan indeks kuantiti perdagangan runcit (0.9 peratus).

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …