PELANCARAN INISIATIF PEMBIAYAAN PERUMAHAN MALAYSIA (I-BIAYA)

Bagi menjayakan pelaksanaan matlamat Satu Keluarga Satu Rumah dalam kalangan golongan B40 dan M40 khususnya mereka yang mempunyai kekangan dari segi mendapatkan pembiayaan perumahan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama-sama melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) pada 14 April 2022. Inisiatif antara kedua-dua buah Kementerian tersebut adalah bagi menzahirkan komitmen Kerajaan untuk memastikan setiap Keluarga Malaysia daripada kumpulan B40 dan M40 akan lebih berkemampuan untuk mendapat akses kepada pembiayaan perumahan dengan lebih mudah.

i-Biaya menawarkan tiga (3) skim pembiayaan iaitu:

  • Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion;

Skim jaminan ini akan mendorong lebih banyak pemaju untuk menyediakan rumah pada harga mampu milik kerana Cagamas SRP Berhad dan SJKP akan meningkatkan ruang dan peluang pemilikan kediaman khususnya dalam kumpulan B40 dan M40 melalui Skim Rumah Pertamaku dan Jaminan SJKP. Inisiatif-inisiatif tersebut akan membolehkan profil pembeli B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan

  • Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Berhad (Cagamas);

Kerajaan komited untuk menyediakan 600,000 peluang pekerjaan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion. Peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran bagi golongan B40 dan M40 ini akan meningkatkan pendapatan isi rumah, seterusnya membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP)

  • Skim PR1MA Rent to Own oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).

Skim PR1MA RTO adalah hasil kerjasama strategik PR1MA bersama Maybank bagi menawarkan skim pemilikan perumahan inovatif yang lebih mudah kepada kumpulan M40. Antara faedah yang bakal dinikmati oleh pembeli adalah kos kemasukan yang rendah, kos bulanan yang rendah bagi tempoh 5 tahun pertama, serta harga rumah yang terkawal dan mampu milik.

 

 

SUMBER: LAMAN WEB KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)

 

 

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut