MAJLIS IFTAR DAN APRESIASI DAPUR BANDARAYA @ PA/PPR KUALA LUMPUR

Majlis Iftar dan Apresiasi Dapur Bandaraya @ PA/PPR Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Di dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan sijil kepada wakil surau dan madrasah yang telah menyertai program Dapur Bandaraya sepanjang ianya berlangsung.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Hj Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL.

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURΒ https://www.facebook.com/dbkl2u

Β©Unit Promosi & Fotografi, DBKL