PROGRAM BUBUR LAMBUK PUPUK PERPADUAN KOMUNITI PUTRAJAYA

PUTRAJAYA – Seramai 180 peserta terlibat menerusi ‘Program Semarak Perpaduan: Masak-Masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk’ yang telah dianjurkan di Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Ruzylawati Mustapha Kamar, program tersebut turut dijayakan oleh lebih 3,000 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

“Program yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bertujuan meningkatkan hubungan antara masyarakat setempat, membina ukhwah serta memupuk masyarakat untuk lebih memahami adat dan budaya,” katanya kepada Wilayahku.

Tambahnya selain komuniti setempat, pengagihan bubur lambuk turut diberikan kepada agensi barisan hadapan seperti bomba, polis dan hospital di sekitar Putrajaya.

“Penyerahan bubur lambuk itu adalah tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka sepanjang dua tahun pandemik ini.

“Ia juga bagi memupuk hubungan baik kerajaan bersama agensi. Selain kerajaan dan agensi, tanggungjawab perpaduan ini turut melibatkan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), media serta individu,” jelasnya sambil menambah antara program yang akan dianjurkan menjelang Syawal adalah Rumah Terbuka yang turut melibatkan KRT Putrajaya.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud.

Terdahulu, sebanyak 300,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan di seluruh negara termasuk lapan lokasi komuniti Putrajaya serta Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan Hospital Putrajaya. 

Sumber: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/program-bubur-lambuk-pupuk-perpaduan-komuniti-putrajaya/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#.YmYqFtpBxD8

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …